aKu + pOkOk





taNya sAma pOkOk....



1. pOkOk mUlBerry

Yeayyy..berbuah gak akhirnye
Ske tanam pokok tp bila x jadi terus malas nak layan pokok tu dah. Pokok Mulberry ni pun baru dalam 6 bulan kot tanam. Kira tak sengaja beli kat Pasar Tani, masa beli tu geram tengok putik buah yang banyak dan masa tu penjual tu tulis pokok blueberry (sampai sekarang pon dia masih tulis blueberry gak). Sambar 2 pasu RM 9..bila buah makan matang terasa pelik gak apsal buah laen pesen lak gayanya..huhu..dari hijau ke merah..bila try makan apsal masam semacam lak..search kat google..rupenyer buah Mulberi daa..kene tunggu color itam baru manis..huhu tipah tertipu..kalau ikutkan pokok ni bertunas sket pon dah berbuah..ni de sket info pasal pokok Mulberi..banyak gak kebaikannya. Kalau yang de pengalaman tanam pokok ni leh la share info.

uwaa..bestnye kalo lebat camni buahnye
MULBERRY merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingg 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberry hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi.Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik (seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga). Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik. Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang.Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.
Kegunaan
Buah Mulberi
Pokok Malberi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiatnya tersendiri bukan sahaja untuk ternakan tetapi juga untuk manusia. Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya ynag masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengunragkan kolesterol dalam darah. Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kandungan protein yang ada pada daun mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2% dan boleh diberikan kepada semua jenis ternakan seperti Lembu, Kambing, Rusa, Arnab dll. Saya amat mencadangkan agar penternak sekalian menanam pokok ini bagi memperbanyakkan sumber hijau yang amat perlu ke atas haiwan ternakan kita di samping dengan pelbagai jenis rumput napier lain seperti India,Taiwan dll. Dengan ini ternakan tersebut mempunyai kepelbagaian sumber hijau yang ada dan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan pelet dan seterusnya mengurangkan lagi kos operasi kita seharian. Cara penanamannya pun amat mudah dimana just potong keratan batang yang telah tua (berwarna coklat) lebih kurang 5-6 inci (pastikan mata tunas tidak rosak) kemudian tusukkan serong (tegak pun boleh,ikut suka) ke dalam tanah /tapak semaian/polibag/pasu. (boleh juga gunakan penggalak akar jika ada duit lebih). Kemudian pastikan pada peringkat permulaan perlu disiram atau mesti kena air sentiasa bagi mempercepatkan proses percambahan/pembentukan tunas (mengambil masa 3-5 hari untuk bercambah bergantung penjagaan). Dah besar tak perlu siram lagi cukup air hujan je.Boleh juga guna apa-apa baja organik yang murah2 . Gambar di bawah Anak pokok Malberi dalam polibag lebih kurang 2-4 minggu seperti : Pokok Ini mulai berbuah dalam umur 3-4 minggu syarat mesti trim daunnya. Gambar di bawah ni pokok dah berusia 1 tahun dan telah berbuah lebat, tingginya sekarang telah mencecah lebih kurang rumah satu tingkat. Tips : Kalau ingin berbuah cepat dan lebat pastikan daun mesti di trim selalu dan baja yang cukup (macam pokok anggurlah) so daun yang kita buang tu bagilah kat ternakan kita, jangan buang macam tu je..rugi ooo (sumber http://mulberrymalaysia.blogspot.com)

psstt: Macam best kan..ayuh 1 rumah 1 pokok Mulberry..huhu!!


2.pOkOk mArKisA



Pokok markisa tumbuh menjalar
Dah setahun lebih tanam pokok markisa. Masa tu memang tengah 'musim' buah markisa - air dan buah dijual merata tempat. Dapat plak buah dari seorang kenalan, manis lak rasanya. Terus ambik beberapa bijinya untuk disemai. Ada 2 pokok yang berjaya tumbuh sehat. Tapi dek faktor kedudukan pokok kat area lindungan dahan pokok sawit, takde buah pun..huhu...sebiji pun takde. Padahal memang rajin buh baja buah, daun pun bukan maen lebat dan menghijau. Geramnyer tengok orang tanam dan berbuah lebat..huhu. Sayang kalau pokok ni x tinggalkan 'baka' sebab buahnye manis. Ada orang tanam tu buah bukan maen lebat, tapi masam..sesuai la kalau nak wat jus air jer..hehe..Ada sekali tue de gak la berputik sebiji..sukenye x terkira. Tapi belum rezki gaknyer, kena rembat lak ngan monyet..adoyai..Salah satu pokok tu dah mati dek 'terendam' lama dalam ari masa musim hujan akhir 2011. Semalam secara x sengaja, terperasan de tumbuh putik-putik bunga yang agak memberangsangkan..huhu..banyak gak la..(senyum) Harap-harap menjadi..berbuah sekali pun jadila, leh wat benih. Ni ader sket info pasal pokok Markisa. Kalau de sesape de pengalaman boleh la share yerk!


Markisa kuning
Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Markisa maroon

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Di Malaysia, markisa dari varieti meroon mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm, berwarna hijau dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum. Buah ranum berwarna meroon.

Best kalau dapat buah lebat camni
Pokok markisa tumbuh menjalar di mana sebatang pokok boleh menjangkau dan meliputi kawasan bulatan seluas 50 kaki. Berbuah sepanjang musim dan boleh hidup tujuh hingga lapan tahun tetapi usia produktif ialah sehingga empat tahun sahaja. Markisa merupakan buah yang berkhasiat. Buah markisa mempunyai khasiat yang tinggi dengan kandungan vitamin C dan A serta amat baik untuk kesihatan dan sistem pertahanan badan. Perubatan tradisional turut menggunakan buah ini bagi rawatan menurunkan kadar darah tinggi, kencing manis dan asma.


psstt: Macam best kan..ayuh 1 rumah 1 pokok Markisa..huhu!!

 





1 comment:

  1. UBAT KENCING MANIS BERI KESAN PALING PANTAS 2020.RUGI KALAU TAK CUBA!

    Assalamualaikum slm sejahtera,berita hebat buat pengidap kencing manis!!.. Jom viralkan berita baik ni .Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.Ubat mampu beri kesan kurang dari 24jam!

    Kalau bukan kita pengidap kencing manis,tp bantu hebah kan kepada kwn2 , saudara mara,jiran2 smua yang ade masalah ini.Rawat terus kencing manis! Xkira bacaan berapa pun.

    Herba paling hangat di abad ini utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.bacaa gula boleh turun menjunam kurang dari 5 jam

    Herba istimewa yg diadun khusus untuk pesakit kencing manis,untuk menurun kan bcaan gula yang amat tinggi. Jus yg mudah diminum.Boleh cek bacaan gula selepas 5 jam minum.

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat, tanpa kandungan bahan kimia yang merosakkan tubuh badan kita.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya 5 jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!

    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻

    PENGGUNA2 YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BACAAN KENCING MANIS.
    🍀Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja.
    🍀Pn.Hashimah,bacaan gula berbelas hingga disaran kn dktor utk insulin....skrng bcaan turun 6 sahaja.


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN
    UNTUK DAPATKAN TESTIMONI LAIN SILA WHATSAPP
    Nk tanya je dlu blh jgn malu2.

    http://www.wasap.my/60174687570/EnMohdZuhairi

    http://www.wasap.my/601116382044/EnMohdZuhelmi

    #sharing is caring

    ReplyDelete