moVie yg camne yg BEST? huhu susah nak jawab der.. ni moVie yg menjengah pawagam 2012. BEST ke idak kenela tgk sndiri. Pastu leh komen kt sini!
1.JOURNEY 2: THE MYSTERIOUS ISLAND
Sinopsis
Berkisarkan pengembaraan ke alam penuh misteri dan fantasi. Seperti yang pertama dulu, sekuel kepada Journey to the Center of the Earth ini akan ditayangkan dalam versi 3-D bagi memberi impak mendalam kepada penonton serta merasai sendiri pengembaraan yang menakjubkan itu. Ia dibintangi The Rock atau Dwayne Johnson, Michael Caine, Josh Hutcherson dan Vannesa Hudgens. Segala-galanya bermula apabila seorang pemuda, Sean Anderson (Josh Hutcherson) menerima satu kod isyarat aneh dari sebuah pulau misteri yang sepatutnya tidak wujud dalam peta. Melalui gambaran diterimanya, pulau itu dihuni pelbagai makhluk aneh dan memiliki gunung emas, gunung berapi dan menyimpan seribu satu rahsia.
psst: 'Tertengok' movie ni masa cuti raya cina aritu..layan anak2 buah la nie..dahler tiket sold out gara2 raya cina, tpaksala duk row ptama..mndongak ler jawabnyer..movie ni best dan kalo tgk 3D kompem syok..cuma movie mcm pendek sgt la cuma 90 minit..x puas nk tgk effect yg diorg wat ngan movie ni
2. AZURA
Sinopsis
Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa di kelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan. Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri. Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibili Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan cuma akan rosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh ambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek. Zek terima itu sebagai satu cabaran. Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani penghidupan baru. Kerana kurang pengalaman dan kelayakkan, Zek susah hendak mendapat kerja yang selesa. Akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai attenden di stesen petrol. Manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawar bekerja diluar negara. Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan meninggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.

Filem Azura ini mendapat sentuhan pengarah, Aziz M. Osman yang telah
lama menyepi dalam menghasilkan karya untuk dibawa ke layar lebar kerana
lebih aktif menghasilkan drama komedi seperti Puteri dan Dunia Anita. Filem Azura membariskan gandingan pelakon baru dan
lama antaranya, Neelofa sebagai Azura, Shah Jaszle (Zek), Afdlin Shauki
(Tan Sri Putih), Erma Fatimah (Yusni) dan Afida Es sebagai Nek Wan.Filem ini turut dijayakan dengan penampilan khas oleh, Fauziah Ahmad
Daud, Faizal Hussein, Jaafar Onn, Aman Shah dan pereka fesyen, Calvin
Thoo. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 2 Februari 2012.
No comments:
Post a Comment