Wednesday 1 February 2012

dOt dOt dOt

Assalammualaikum WBT...


Dah lama tersemat impian nak wat blog sendiri..rasanya dari zaman blaja kat UiTM dlu. Masa tu lum de FB, guna Friendster pon jarang nak update. Bila dah de FB baru aktif sbb sng nak upload gambo yg beso2 + guna tepon tangan pon bley.


Tahun 2012 nie berkat pujukan sorang kawan yang beriya join kursus wat blog, barula mcm semangat tu datang balik (tak taula semangat smpai bila..hehe).

Apa pun, yang penting kene mulakan langkah pertama kan kan..Bila dah blaja sket2 basic wat blog ni, pepandai la nk godak2 bagi cantek blog kita. Sharing is Caring..kenela rajin wat reference..yg laen tu tibai je la mana yg patut! Memulakan langkah untuk wat blog sndiri ni xtau lak nk share citer pasal apa, tu yang timbulnya idea share sumernye (yg privacy, I'm sori!! ekeke). Wat sesape pon yg membaca blog ni, harap de teguran yg membina dan leh la share info pe pun yg korang minat yg sama ngan yg saya minat..hehe ENJOY!!


aKu + AJL26

 
29 Januari 2012 - 9.00malam - ANUGERAH JUARA LAGU 26 datang lagi. 12 finalis AJL26 menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil yang membawa tema unik iaitu air! Macam kene je ngan Tahun Naga Air! Hehe, jom kita tengok sape yang kene...

SENARAI LAGU YANG BERTANDING DI AJL26 (mengikut giliran):
  1. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  2. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  3. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  4. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  5. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  6. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
  7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  8. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  9. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  10. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  11. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  12. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
DAN pemenangnya:

  
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 26
Juara AJL26: Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat) -trofi dan RM36,000
Naib Juara AJL26: Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta) -trofi dan RM15,000
Tempat Ketiga: Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir) -trofi dan RM12,000
Persembahan Terbaik: Hafiz – Awan Nano- trofi dan RM10,000
Vokal Terbaik: Alyah – Kisah Hati - trofi dan RM10,000
Anugerah Juara Mobile Celcom: Sedetik Lebih – Anuar Zain

Puas ati tak ngan keputusan AJL26..hehe..congrates kat Hafiz - lagu ngan sora yg memang mantap. Ramai yang wat andaian lagu Beribu Sesalan, Cinta Muka Buku n Sungi Lui yang akan menang. Tapi ternyata lagu Awan Nano lagi power. Persembahan Alyah lak mmg wat sume mulut tnganga jap bila tetiba de aksi lentok2 lak ngan Remy Ishak..huhu. Camne pun penonton kata, yang penting keputusan muktamad. Yang kalah leh la bertanding untuk AJL27 lak yer!

psst: dengar cite abang kpd Aizat hilang laptop apple kat bilik persalinan masa malam AJL26 tue..huhu dahler x menang..xde rezki!